Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email

My Love Story 2012 - Jangan la Ending Lagi... Puhhh puuuhh!!!!

CHAPTER 1
Korang kenal aku tak??? Mesti tak kenal kan??? Sebab aku memang jarang expose muka aku dalam blog ni. Sebab apa aku jarang expose muka aku dalam blog ni??? Sebabnya aku adalah insan yang pemalu gile babeng serta mempunyai tahap konfiden yang sangat-sangat teruk dengan kaum hawa. 
 
Badan aku tak tough. Muka tak hensem, takde cahaya nur. Harta yilleeeeekkk.. Pangsapuri aku bersaiz 5 x 5 meter je. Motokar aku plak jenis dicuci 6 bulan sekali ataupun dalam situasi kalau aku tercirit dalam kereta je baru je aku cuci kereta. 
 
Jadi bayangkan laaaa macam mana life aku ni??? Cuma lelaki-lelaki yang rapat je tau macam mana diri aku ni. 
 
Dulu, aku ada seorang awek. Wani namanya. Wani lah satu-satunya awek aku yang boleh terima diri aku seadanya. Awek-awek aku yang dulu, skandal aku yang dulu??? Huhhhh, asyik bebel je kat aku. Tapi Wani tak, Wani boleh terima aku walaupun perangai aku macam sakai... aku kentut dalam kereta dia, dia rilek jeeeee... TENANGGGG...aku lap hingus kat bantal kusyen kereta dia, dia RILEKKKK jeee... aku pinjam kereta dia, lepas tu tak isi minyak balik, dia RILEEEEKKK jeeee.. Pergggghhh, bak kata orang memang RILEK arrrr si Wani ni. 
 
Tanggal Februari 2012, hubungan aku dengan Wani jadi kucar kacir. Semuanya gara-gara, ada ahli keluarga Wani yang tak yakin dekat aku. Wani dulunya adalah seorang free thinker dan almost 1 year plus-plus dia memeluk Islam. Adik beradik and mak bapak Wani semuanya bukan beragama Islam, ada yang free thinker, ada yang kristian. 
 
Pernah satu hari salah seorang ahli keluarga Wani tanya kat aku, kalau aku kahwin dengan Wani nanti macam mana hubungan Wani dengan keluarganya nanti. Sanggup ke kalau aku meraikan krismas bersama-sama ahli keluarga Wani yang sebahagiannya tu kristian??? Bagaimana pula dgn kalau keluarga aku, boleh ke berbesan kan satu keluarga yang bukan orang Islam???? aku cakap macam ni,

"Biar Allah yang tentukan macam mana. "

Ahli keluarga Wani cakap macam ni,

"Kamu tak boleh serahkan kepada takdir semata-mata. Kamu kena uruskan hidup Wani. Kamu kena bersama dengan kami walaupun berlainan agama. Kita akan jadi satu keluarga. Well, u have to sacrifice, and also ur family also must accept our lifestyle."
 
Wooooowwww..... susah giler benda ni. Macam add math. 
 
Aku tak nak cerita lebey-lebey pasal perihal keluarga Wani ni. Dalam pala hotak aku, aku TAK MAMPU nak hidup macam tu..... AKU LOSER.... So, i let go Wani. Simple decision rather than take risk. 
 
Aku dengan Wani dah takde apa-apa dah. Start bulan 3 tahun 2012. Tak gaduh besar pun, aku rasa tak gaduh langsung laaaaaaa.... Masing-masing boleh terima. Aku berundur, Wani pun berundur. Mungkin Wani tahu aku ni bukan jenis lelaki yang boleh bertanggung jawab. Sampai sekarang kami masih berkawan. Masih berhubung.. MASIH RAPAT boleh buat lawak, kutuk mengutuk dan kentut mengentut. 
 
 
CHAPTER 2: 
 
"Wan bila ko nak kawin??? Ko ingat muka ko akan terus kekal hensem sampai bila2 ke???" tanya member ofis aku. Bukan member ofis je tanya, sedara mara tanya, jiran tanya, kawan-kawan Uitm tanya, sampai imam masjid pun tanya laaaa... 

Aku cakap, bulan 12 nanti aku kahwin... Ok, hari ni 24 disember 2012. Yuppppp... aku MASIH BUJANG!!!

Sebelum-sebelum ni pun ada,

"Wan, ada kawan akak nak berkenalan dengan kamu. Kamu ok tak??? Kalau ok, akak bagi number phone kamu kat dia yeeee..." ada sorang akak nak rekemen kan kawan dia kat aku.

"Haaaa... bagi laaaaa.." 
 
Yang jenis member2 pompuan aku plak, dok rekemen aku sana-sini dengan awek mana2 ntah.... 

Pukul 3 pagi... Miscal berduyun-duyunnn kat handphone aku. Tiap-tiap malam... Aku runsing.. Ada sms,

"Hi... boleh berkenalan??? Ni sape???" sms unknown number kt hp aku.

"ATUK LUUU!!!!" aku reply.

Indahkan bahasa aku??? Yeeeeeeeee... Aku biadap. 
 
Lantak laa yang miscal aku tu anak tok imam ke, anak ustaz ke, gay ke, lesbian ke, hot chick ke, aku memang pantang kalau orang cal time malam2 buta. Memang kata-kata carutan la yang aku reply.
 
CHAPTER 3: 
 
Truuutttttt....trruuuutttttttt.... Bunyi handphone aku. Tertera number Wani.
 
"Hi budak pendekkkk!!!" Wani cakap...

"Cissss.... ye saya, minah kuat kentut. Boleh saya bantu????" Aku jawab..

Borak punya borak adalaa dalam 20 minit macam tu. Then, Wani cakap satu benda,

"You.... i really miss u. I happy everytime i kontek u..." Wani cakap dalam nada sedih. Ada emosi dalam suara tu.

"I pun happy gak.. U rindu kat kentut I ek??? 
 
Actually, aku nak cakapkan yang aku pun sangat-sangat suka kalau dia kontek aku. Aku nak sangat cakap kat dia, bila dia call aku sekali, aku akan happy selama 72 jam. Takyah call la, dia miscal pun aku dah happy 12 jam. Tapi aku saja buat lawak, cakap dia sebenarnya rindu kat kentut aku. Kang, jiwang balik.. Haaaaiiiiiissshh.. Cukupla sekadar member.
 
"A'ahhh... I rindu kat kentut u.. Letupan yang lantang, bau gas yang menyegarkan otak... Feel tuuuuu!!!" Wani ceria balik.
 
"U cari laaaa lelaki yang kuat kentut macam I ni.. Dekat KL tu berlambak jee ada.." balas aku.
 
"Dh puas cari, tak jumpa. U rekemen la sorang kat I..." balas Wani.
 
**Dalam hati ni,
 
REKEMEN???????????? 
Maybe not... Saya masih sayangkan awak, Wani. Sayang sangat-sangat.

0 comments:

Posting Komentar

 
Copyright © -2012 Dunia Zero All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks